//
[
sunting] Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan geografi
Keupayaan Internet sebagai
alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang.
Percetakan,
telefon dan
televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting dalam
media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti
Internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan
negara mempunyai peruntukan
undang-undang yang mengawal
percetakan dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan
undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988,
Akta Hasutan 1948,
Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai
Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran
buku,
makalah dan
surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia,
infrastruktur jalan dan kemudahan
kenderaan. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.
Perbezaan antara
Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.
[
sunting] Perlukah internet dikawal selia
Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah di
negara membangun dan juga di kebanyakan negara maju. Dengan perkembangan
Internet, timbullah tanda tanya sama ada
Internet harus dikawal selia atau tidak.
Namun pihak
kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat
Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.
Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan
teknologi komunikasi yang canggih ini.
Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif. Negara-negara seperti
Cuba dan
China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini.
Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan
menapis hanya maklumat yang mungkin merosakkan fikiran orang awam.
Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Namun demikian jika adapun penyebar maklumat palsu ataupun pihak pembangkang sesuatu kerajaan menggunakan Internet untuk menyebarkan ideologinya, ia bukannya satu ancaman serius. Pihak
kerajaan masih ada cara lain untuk mengatasinya contohnya adalah dengan cara meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat dan menyebarkan berita yang benar di
media cetak atau
TV. Dengan cara ini orang ramai akan dapat mempertimbangkan kebenaran. Tapi bagaimana dengan jenayah siber yang lain. Bolehkah kita bertolak ansur dengan jenayah siber yang boleh membawa ancaman kepada
masyarakat dan tamadun ?Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana jenayah dilakukan? Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain senang dikenali contohnya perompak tentu sekali memegang
senjata , penculik tentu sekali meminta wang
tebusan tetapi bagaimana mengenali penjenayah siber. "Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari
FBI. Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Munkin kawan kita , mungkin
pelajar, mungkin
profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan
jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya.
Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau bekas pekerja.
Bank serta
institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah profesional. Manakala, pihak
universiti menjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa
pengganas dan komputer militari mungkin disabotaj.
Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali
undang-undang yang di rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di
Amerika yang canggih teknologinyapun gagal mengesan perancang
trajedi 11 September. Semasa
Peristiwa 11 September 2001, 19 orang perampas
kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan
visa yang sah. Selain secara peribadi, mereka berhubung melalui
Internet atau membuat panggilan telefon dengan menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan terhadap
New York dan
Washington.
[
sunting] Kepentingan ekonomi
E-commerce dan K –ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Dalam era globalisasi sekarang sesebuah negara akan ketinggalan jika masih bergantung kepada kaedah traditional sahaja dalam urusan ekonomi. Mereka perlu bergerak seiring dengan negara-negara yang mengamalkan K- ekonomi. Bagi negara-negara membangun kepakaran dalam bidang teknologi maklumat amat terhad. Untuk mengatasi masalah ini mereka perlu membuka pintu untuk perlaburan luar. Malaysia contohnya telah membina Multimedia Super Corridor (MSC), iaitu sebuah kawasan seluas 15 km x 50 km selatan Kuala Lumpur. MSC mensasarkan untuk menarik syarikat teknologi bertaraf dunia menggunakan MSC sebagai pusat untuk mengujian teknologi. Tujuh aplikasi perdana telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam MSC. Ia terdiri daripada sekolah bestari, kad pintar,teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan.
Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara jaminannya ialah tiada pernapisan internet.selain malaysia banyak negara lain mengambil langkah yang sama contohnya Indonesia,
India, mexico dan boleh dikatakan semua negara maju tidak menapis internet. Tidak menapis internet bermakna semua orang boleh menggunakan internet dengan bebas ini termasuklah penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang jenayah siber. Beberapa contoh peristiwa akibat tiada penapisan internet : melalui alam siber Zapatista National Liberation Army di
Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan perjuangan mereka , aktivis siber di
Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan Mei 1998, Pelampau
Hindu yang merobohkan
masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang penganut
Kristian pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja di
India yang menggunakan kaset video dan Internet untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 sept juga menggunakan komunikasi internet.
[
sunting] Berbeza takrifan jenayah
Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini, terlebih dahulu marilah kita lihat terlebih dengan definisi jenayah siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut. Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada.
Walau bagaimanapun, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.
Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya.
Namun demikian kita harus akui bahawa ujudnya takrifan jenayah siber antara negara. Bagi negara-negara islam judi, pornography, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.contohnya di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan perdagangan. Berbagai –bagai undang yang berkait rapat dengan keselamatan dan perdagangan di rangka seperti trademark low, copyright low,undang yang berkaitan hacker dan penyebaran virus dan sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk dikuatkuasakan undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji tidak menapis internet terpaksa merelakan jenayah ini.
[
sunting] Kepentingan ketenteraan
Dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman, kesejahteraan serta kemusnahan, dan keamanan serta peperangan. Akibat semakin saling berhubungan, maka sistem dan rangkaian maklumat kini terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah diserang. Keadaan ini mewujudkan isu baru tentang keselamatan, seperti yang disebut dalam OECD Guidelines for the Security of Information Systems and Networks: Towards A Culture of Security. Sesetengah negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan perlindungan daripada serangan berasaskan siber dan jenayah teknologi tinggi sebagai salah satu keutamaan yang penting. Ekoran Peristiwa 11 September kerajaan dalam OECD merangka Garis Panduan Keselamatan Sistem dan Rangkaian Maklumat yang baru untuk bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer, penggodaman, dan ancaman lain.
“Walaupun Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat, namun keselamatan negara lebih sukar untuk diurus,” kata Eliot A. Cohen, pakar strategi dan kuasa ketenteraan, semasa Persidangan Tahunan Keenam di Abu Dhabi. Teknologi maklumat bukan sahaja mengaburkan sempadan antara perkhidmatan dan sempadan antara dunia ketenteraan dengan dunia awam, tetapi juga mengaburkan sempadan keselamatan.
Peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan yang melibatkan kekuatan fizikal ketenteraan sahaja malahan peperangan ilmu pengetahuan. Pihak musuh akan menggunakan teknologi ini untuk menyerang sistem komputer kita. Serangan dilakukan dengan berbagai cara temasuklah mencuri maklumat dan merosakkan sistem .kita sebagai pihak yang diserang perlu melengkapkan diri dengan ilmu bagaimana mempertahankan diri dan menyerang balas. Situasi ini secara tidak lansung akan menggalakkan ilmu bagaimana untuk menceroboh sistem dan merosakkan komputer berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan. Hacker ini jika disalahgunakan terhadap awam akan menjadi jenayah jenayah. Dalam masa undang undang siber di rancang dan dalam masa yang sama kita melahirkan hacker. Sampai bila masaalah ini akan selesai.